Pengenalan

RABBIT HOME Katering & Restoran

Kami mengutamakan pelanggan dengan menyediakan pusat perkhidmatan dan inovasi yang berterusan.

Visi

Utk menjadi jenama terkenal bagi pelbagai etnik dan kaum dalam industri katering.

Misi

  • Servis yang professional
  • Produksi yangg sistematik
  • Selesa dan terbaik
  • Inovasi dan terkini
  • Menyumbang serta bertanggungjawab.

Profil Syarikat

Rabbit Home Restoran di tubuhkan pada tahun 2011, bermula dengan idea untuk menyediakan restoran makanan segera layan diri bagi umat Islam dan bukan Islam yang sibuk bekerja di kawasan bandar. Ternyata konsep ini berjaya bertahan hingga kini !

Mr James Teo adalah seorang pengemar makanan. Di dalam penglibatan beliau yang sering menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial dan majlis-majlis pertubuhan amal tempatan, beliau telah didatangi idea yang menarik dimana beliau ingin membuat majlis yang meriah, berjaya dan juga menjimatkan kos. Dengan keinginan tersebut juga beliau telah mendapat sokongan serta permintaan yang tinggi setiap masa. Maka tertubuhlah Rabbit Home Katering pada tahun 2001 dan syarikat ini telah menempuh berbagai kejayaan hingga ke hari ini.

Dari awal lagi, Mr. Teo sering bertegas pada 3 perkara : 1. Kualiti makanan yang disediakan haruslah dalam keadaan yang baik, 2. Perkhidmatan penghartaran haruslah cepat dan menepati masa, dan 3. Susun atur barang dan kelengkapan mestilah dalam keadaan sempurna. Hingga kini, beliau sendiri masih lagi terlibat secara peribadi dalam 'quality control' untuk setiap makanan yang dimasak. Usaha dan kerja keras beliau kini setimpal dengan kejayaan Rabbit Home yang telah menjadi satu jenama popular di daerah Muar Johor ini.


Kumpulan Kami

Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan
Chef Profesional
Bahagian Penghantaran , Setting dan Servis

Sijil & Anugerah